Monday, February 27, 2012

Bahasa aturcara web


Ada beberapa bahasa aturcara yang boleh kita gunakan untuk membina laman web. Secara ringkasnya, bahasa yang boleh kita guna untuk membangunkan laman web adalah: HTML, ASP, PHP, ASP.Net, Java, dan XML.



HTML?

Secara umum, HTML atau Hyper Text Markup Language adalah bahasa utama yang membina kerangka ataupun struktur laman web. Mudah untuk mengenali HTML. Kod HTML lazimnya bermula dengan tanda (atau tag) <HTML> dan ditutup tag <HTML>. <HTML> dan <HTML>?

Lihat contoh di bawah:
<HTML>

   <HEAD>
      <TITLE>Tajuk Atas Palang</TITLE>
   <HEAD>

   <BODY>
      Isi kandungan
   <BODY>

<HTML>


Untuk membina website dengan HTML, kod aturcara mesti dimulakan dengan tag pembuka <HTML> dan penutup <HTML>. Aturcara lain pula mesti dimasukkan di antara (di dalam) keduanya. Tanda '/' mesti digunakan untuk menutup setiap tag.

Jika demikian, mengapa pula ada bahasa-bahasa lain seperti di atas tadi? Fungsi dan keupayaan HTML sebenarnya terhad. Oleh itu, untuk membangunkan laman web yang lebih dinamik, kod aturcara yang lain (seperti PHP) perlu digunakan dalam laman web.

PHP?

PHP adalah singkatan untuk Personal Home Page. Berikutan perkembangan fungsi dan keupayaan kod aturcara ini, PHP kini telah dikenali sebagai PHP Hypertext Preprocessor. Tidak sukar untuk mengenali PHP. Lihat tanda <? dan ?>. Seperti HTML, PHP boleh dipanggil menggunakan penanda <? dan ditutup penanda ?>.

Lihat contoh di bawah:
<?
Echo ("Teks ni akan dipaparkan pada skrin web browser");
?>


Aturcara PHP di atas ni akan memaparkan teks Teks ni akan dipaparkan pada skrin web browser pada pelayar web. PHP banyak digunakan untuk pembangunan laman web bersifat dinamik yang melibatkan capaian data berpusat dan manipulasi data yang rumit. Banyak laman web terurus masa kini yang menggunakan PHP sebagai bahasa kod utamanya. Sebelum munculnya PHP, kod digelar ASP adalah lebih popular. ASP?

ASP

Active Server Pages (ASP) adalah kod aturcara web yang telah diperkenalkan oleh Microsoft. Seperti PHP, kod ASP banyak digunakan untuk menghasilkan laman web bersifat dinamik. Kod ASP boleh dimasukkan ke dalam aturcara web menggunakan  tag <% dan tanda tutup guna %> , contohnya:

<%@ Language=VBScript %>;
<% Option Explicit %>;

<html>
   <head>
      <title>(Type a title for your page here)</title>
   </head>
   <body bgcolor="#ffffff" text="#000000" link="#0000ff" vlink="#800080" alink="#ff0000">
      <%Dim msgmsg="Hello World"Response.Write msg%>
   </body>
</html>


Mengapa kod HTML masih digunakan dalam contoh aturcara ASP di atas? Sebenarnya kod ASP tadi hanya digunakan untuk masukkan fungsi-fungsi tambahan yang lebih canggih, manakala kod HTML pula masih digunakan untuk bina kerangka laman web tersebut.

Bagi menghasilkan laman web yang lebih canggih dan selamat, kod aturcara yang lebih baik seperti platform .NET dan Java turut digunakan. Fungsi kod ASP yang agak terhad kini telah digantikan dengan hadirnya ASP.net. Kod PHP juga telah dikemaskini untuk menyokong aturcara berorientasikan objek (OOP - Object Oriented Programming).

CSS

CSS atau Cascading Style Sheet adalah kod aturcara tambahan yang digunakan untuk menampung kelemahan HTML dari sudut pembangunan antaramuka web. Berbeza dengan kod PHP, ASP, .NET dan Java yang digunakan untuk pembangunan sistem canggih dan capaian pangkalan data terpusat (database), CSS digunakan bagi membantu pembangun laman web menghasilkan rekaan grafik laman yang lebih baik.

CSS boleh dianggap sebagai pelengkap kepada kod HTML yang bukan sahaja memudahkan pembinaan kerangka laman, malah memudahkan pembangun untuk menghasilkan antaramuka (design) yang dahulunya mustahil menggunakan HTML semata-mata.

Kod CSS boleh dipanggil ke dalam laman web menggunakan 3 kaedah*: internal (dimasukkan terus menggunakan tag CSS), external (disimpan sebagai fail CSS berasingan), dan inline (dikodkan ke dalam tag HTML sedia ada)

Nota:
* Perkara ini akan dibincang dalam artikel selanjutnya

No comments:

Post a Comment